Monday, May 30, 2011

4 lelaki melayu hero gadis

hellos semua <3 ape khabar? aku harap semua sihat lah ye. okay. hari ini aku nak cerita pasal 4 lelaki hero gadis bagi aku lah kan-,- bagi gadis lain tak tahu lah kan. bagi aku lelaki ini sangat comel dan macho. dari segi perangai aku tak tahu. muka semestinya hensem. bagi aku mereka boleh buat separuh gadis gadis tersenyum dan menjerit bila tengok dorang. okay. kepada lelaki lelaki yang gambar nya aku ambik ini tanpa izin ye. aku mintak maaf, kalau nak marah marah lah takpe :PP HAHA.

okay. lelaki pertama adalah, Fiqudin? Errr -,-

aku yakin ramai juga lah yang kenal mamat ini kan? penyanyi yang sangat hensem dan macho. aku start suka die since 2008 salu jugak bergosip dengan kawan2 aku pasal die tu pun sebab die punya lagu best sangat, boleh buat aku rasa sedikit tenang dan lirik nya sangat indah. no doubt lah senang cerita. mula2 aku takut juga nak kawan dengan die, tapi last2 add jelah kat FB tak sangka pulak tak sombong orangnye. HEHE, die okay je dengan aku walaupun aku BURUK okay. walaupun tak rapat mana lah kan tapi die okay saje :PP aku wish satu hari nati aku dapat bergambar dengan die, boleh ke? Errr -,-

okay lepas aku kenal fiq aku kenal pulak  sorang mamat MAT LUTFI
aku start kenal die lepas die buat video yang ada style anwar hadi tu kan? Hehe. die hensem plus bijak. aku suka pendapat die tentang banyak benda, dan setiap video yang di buat sangat menarik dan mempunyai input yang banyak, aku banyak belajar dari pendapat die yang bijak tu. dan semestinya aku pasti yang ramai orang kenal die, aku boleh jadi die hard fan die tahu -,- HAHA takpe biaq pi lah nak kata aku gedik ka apa ka, janji aku tahu kau pun minat die jugak. Haha. okay. semoga die berjaya dalam ape yang di buat sekarang.(:

okay. ini lelaki sangat hensem :PP Anwar hadi
okay, tu dia anwar hadi . aku minat die sebab video jugak, video kegemaran aku adalah yang bertitle Eiyuwwww. nak tahu kenapa sebab video tu memang buat ramai terasa. caiyaa laa. aku salute die sebab english die terbaik, aku tahu ramai lagi boleh cakap english better dari die, tapi die berani buat video dalam bahasa inggeris woahh. walaupun ramai orang kutuk cakap kau tu orang melayu sedar siktt. HAHA. okay okay. tapi dengan cara video yang dalam bahasa inggeris tu kan boleh buat ramai bangsa faham cehh bukan aku nak puji ke ape. tu pendapat aku saje okayy :PP semoga kau juga berjaya okayy (:


okay ini yang terakhir yeh, die nik irfan. 

aku baru kenal die 2 jam dari tadi. kawan aku yang kenal kan tadi. HAHA. hensem comel sangat suara die pun merdu. die nyanyi lagu bruno mars dalam BM sedap suara die Hehe :PP di sebab kan aku baru suka die jadi aku tak banyak tahu pasal die, malas lah nak google. macam die kenal aku je. Haha :PP


okay sampai sini saje lah entry untuk hero gadis ini ye . semoga korang gembira dengan hero masing2.

ehem. mesti ada setengah orang tak suka pendapat aku kan? its okay la, sume orang ade pendapat masing2 kan Hehe :PP so kalau korang tak suka tak pe. yang penting aku suka empat hero di atas. Haha. okay :PP

Saturday, May 28, 2011

knowing myself

assalamualaikum dan hellos braderr. walaupun sekarang sudah semakin meningkat dewasa aku masih tak kenal sape diri aku, aku rasa hairan yang amat, aku bukan tak cuba cari siapa aku, cuma aku tak jumpa lagi ape dan siapa diri aku, mesti ade sebab kan kenapa mcm tu? nak tahu tak sebab aku ni jenis yang suka pandang kelebihan orang tak tak pandai pandang kelebihan sendiri, kalo nak pandang kelebihan sendiri takut orang kata aku bajet pulak, jadi semestinya aku mempunyai banyak kekurang. aku sedang berusaha untuk cari diri sendiri sebb aku kena jadi diri aku, aku tak leh tiru orang, oh oh bukan susah nak cari diri sendiri kan, anda ade tips nya? silalah bgt tahu aku, aku nak tahu. sebab aku seorang yang sangat tak guna, tapi ma aku salu kata, tuhan bagi ujian dekat hamba nya kerana ALLAH tahu kita mampu menghadapi ujian tu, aku sedang cuba mengenali diri aku, aku tanak sampai bila aku tersesat, aku dah ade cita cita, dan kalau aku usahakan cita cita itu dengan bersungguh2 insyaallah aku berjaya, okay aku nak senaraikan kekurangan aku ,lepas korang baca mesti mcm eiyuww budak ini yucks la, nak buat mcm mana ALLAH jadikan aku mcm ni

KEKURANGAN HANISYAIMA YANG PERLU DIPERBAIKI
1. pemalas nak mampus
2. tidak pandai memasak
3. tidak cerdik dalam pembelajaran BAHASA ARAB
4. tak ade boifren? ARGHHH -,-
5. terlalu suka ketawa.
6. gemuk
7. cepat touching hati bunga HAHA -,-
8. tak pandai it
9. suka bercakap potpet
10. kadang2 suka mengumpat kadang2 tak , kalau dah menyampah sangat, eh mcm kau tak pernah je kan -,-
11. susah nak jujur, lagi2 dengan strangers 
12. suka masuk kelas lambat. boleh membawa kegagalan ke? :(
13. suka melambat kan solat , tapi tak tinggalkan solat ( ARGHH teruknye aku )
14. suka berangan satu hari nati hanis suka aku -,- dan aku dapat boifren yang sweet -,- ERRR -,-
15. terlalu obbses terhadap MURAD dari form one ( sedang dan masih mencuba melupakan )
16. tak kaya
17. kurang bersopan cakap aku kau , aku kau, mane tak kena marah? -,-
18. suka melawan cakap, cukup pantaang kalau aku tak buat kena tuduh memang nak kena ah
19. asyik asyik INTERNET ARGHH.
20. lambat tidur, 
21. malas study, 
22. tak suka angkat call orang 
23. salu marah orang kalau salah number -,-
24. suka mandi lambat kalau cuti -,-

HANIS APE PERANGAI KAU NI, KAU TU PEREMPUAN. ARGHH CEPAT BERUBAH.

 dan bila HANIS DAH BERUBAH BAKAL BEGINI KAH?

1. rajin sampai tolong sapu laman jirang
2. pandai memasak semua jenis makanan hingga mengalahkan CHEF ONE, TWO, THREE
3. melanjutkan pelajaran ke MESIR atau JORDAN dalam mendalami ilmu NAHU, dan BALAGHAH
4. masih tidak ada boifren -,- ALAMAKK 
5. telalu suka menangis? mungkin.
6. mestilah KURUS hehe 
7. pending, susah nak touching walaupun kena maki, hati botol -,-
8. menjadi orang penting TV3 dalam bab2 grafik HAHA -,-
9. pendiam, 
10. TAK SUKA MENGUMPAT LANGSUNG. ambik kau,
11. terlalu JUJUR hingga zzzzzzzz
12. masuk kelas satu jam awal, membawa kejayaan ke ?
13. ready 30 minit sebelum masuk waktu, tepat azan terus solat, ALHAMDULLILAH :D
14. tak tahu makna berangan terus hidup dan lupakan sape HANIS? err
15. MURAD pun aku tak kenal sape HAHA -,-
16. kaya raya, menantu dr..fadzilah kamsah. amin HAHA -,-
17. bersopan santun, cakap ana anta, ana anti -,-
18. jadi lah mcm CINTA KIRANA, kena tuduh senyap dan menangis je tahu -,- HAHA
19. hoi INTERNET! kau sape hah?!
20. tidur pukul 8 :P
21. study sampai tak keluar rumah 
22. pantang dapat call terus angkat :PP
23. kalau orang salah number tak marah dan layan jee :PP
24. mandi pukul 5 sebelum solat subuh, HAHA :PP

HAA, mungkin HANIS berubah kepada certain2 part lah kan, takkan nak ubah semua tak termampu lah aku, bukan alasan tapi kenyataan, alasan tetap alasan kenyataan tetap kenyataan . okay lah doakan semoga aku berubah.. dan terus berubah kepada kebaikan. (:

Wednesday, May 25, 2011

kita berbelog untuk gembira bukan untuk menghina




assalamualaikum (: meh menuliskan isi hati lagi sebelum tidur, okay  aku start berbelog pada tahun 2009 cewah konon je tu ye, pastu blog hanya tinggal blog sebab waktu tu kecik lagi tak reti pape rasa nak buat buat, tulis pun mcm nak tanak je, yang lebih menyakitkan hati bila bukan ade orang baca pun, apetah follower, HAHA, rasa mcm nak menjerit je, arghhh, lepas tu umur dah meningkat dewasa perangai turut meningkat cuma nak tanak je ubah diri sendiri, aku pun mula menseriuskan diri dalam bidang blog ni lepas aku usha2 banyak2 blog dan yang mendorong aku lebih banyak adelah kertaz.net, dulu aku minat gila dekat mamat ni, aku suka tengok die punye stori2 aku dengan kawan aku cik heartzirah kalau korang selalau baca majalah yezz die ade masuk majalah tu dah femes kot HAHA -,- okay lepas tu mcm2 idea aku muncul nak buat blog, tapi malangnye aku tak pandai nak design2 yang cantik2 jadi aku mintak kawan2 aku, tolong aku,  mcm2 dorang buat untuk tolong aku terima kasih ye, lepas tu aku belajar sedikit demi sedikit, dan untuk pengetahuan aku masih belajar lagi sekarang untuk mengenali dunia belog. jadi blog aku memang tak femes -,- sejak dua menjak aku lihat zaman moden kini disalahgunakan, aku tengok banyak dah blog ke arah yang tak elok, yang menghina, yang mengutuk dan macam macam lagi, aku tak pasti ape sebenarnye niat mereka2 membuat blog kalau hanya untuk menghina malah ia akan menyakitkan hati kita lagi kan, semakin hari mcm2 crime yang boleh jadi dalam alam cyber, ntah ape lah nak jadi, nasib baik setakat ini niat aku tak salah lagi aku buat blog untuk gembira, aku suka tengok blog happening rasa mcm nak senyum sorang2 hee :DD aku nak cuba dapat kawan ramai mcm blogers2 lain, HEE walaupun dalam mimpi je cik kak oii. HAHA. aku paling tak suka blog yang mcm kalau tak puas hati je mula nak tulis pastu kutuk pastu mencarut OMAIGOO. jangan lah ye, kita ni jadi manusia tak selamanya akan gembira jangan persoalkan ape yang jadi kat kita sebab sume tu ketentuan tuhan tetap kan, jadi gembbira je hadapi hidup walaupun kadang kala rasa mcm nak tarik2 je masalah hidup kuar dari diri, ntah ape lah kan -,- JANGAN LAH KAU BERBELOG HANYA KERANA NAK KUTUK ATAU HINA ORANG, tak berbaloi malah akan buat orang benci kat kau, aku harap sape2 yang masih salah niat guna kan belog ini betulkan lah niat tu balik, HAHA. nak nasihat orang ke aku ni? mcm tak layak je, HAHA apepun kita buat belog untuk happy bukan untuk menghina. HOHO -,-
PS:L// ini hanya entri pendek, aku malas nak menaip panjang2, :DD terima kasih baca ye :D

kau ingat kau sorang je ade DOMO

HAHA. sejak akhir akhir ini aku tengok ramai betul budak budak comel dan cantik bawak domo pergi beli ikan, pergi pasar malam, pegi tuisyen kemana-mana bagai dunia domo. hairan juga lah kan. psstt. sebenarnya aku pun peminat domo dek kerana aku ini kekurangan duit tak adelah aku nak membazir beli domo tu . aku beli yang kecik je <3 HAHA, aku rasa domo ini tak comel sangat tapi maybe sebab faktor gigi die yang putih tu buat die jadi femes HAHA. pendapat aku jelah kan, lepas aku bawak domo tu balik rumah ramai pulak yang dok peluk2 konon nye besar lah padahal kecik je, HAHA sengal sangat. sekarang bile aku tak de rumah pokcik beben aku tak de ah sorang2 sebab die dah ade pokcik gi (domo) HAHA, aku letak nama nye pokcik gi pasal gigi die ah putih nak tarik2 rasa gigi die. HAHA. nasib baik minat aku terhadap domo ni tak ah obses sangat mcm sesetengah orang, okay sebelum aku tunjuk gambar pokcik gi dan pokcik beben ni aku ade pertanyaan untuk sesapa yang sudi membaca entry ni, apesal kalau kat fb , message etc, ejaan lah jadi LHA, ejaan buat jadi BUAD, motif nye? nak kata penggunaan bahasa euww tak jugak. pendapat korang ape eh? hem, okay sila utara kan pendapat yang best aku nak jugak tahu pendapat orang ramai terhadap bahasa yang tengah nak up ni, dan mungkin ade kawan2 aku yang tulis mcm ni, sorry eh aku tak ade niat nak kutuk cuma nak tahu saje. saje saje nak tahu tak lebih dari itu peace ^^  gambar dibawah ni aku tangkap pakai kamera hefon je, tayah nak guna dslr sangat (padahal tade duit nak dslr) HAHA okay huduh kan takpelah tak kisah. (: tengok dan senyum tahu pastu cakap "apelah yang budak hanis ni nak tonjolkan" hehe :DD

HAHA, memang lah buruk gambar nya tapi aku suka tengok, mcm gedik pokcik berdua ni haa. okay. so kepada yang dah ade domo tu tak payah lah kau nak seret merata-rata sebab ramai lagi yang ada domo selain kau jadi jaga domo kau elok2 ye HAHA :DD

Tuesday, May 24, 2011

Jika DIA jadi milikku (:

assalamualaikum budak femes  (: okay sebenarnye ini first time aku nak try join kontest kontest kat blog ni, maklum lah aku tak femes, sebab tu aku sukar nak masuk mana mana kontest, tapi bila aku baca tajuk kontest ini haish membuak-buak rasa nak join. HAHA. kontest ini di anjurkan oleh adibah mazlan dan abe Long Mohammad.
 wajid tag dekat ;
dua lagi kawan hanis nak tag dekat


weh, kau tahu ke tak aku suka kau sebenarnye? walaupun aku tak banyak cakap dengan kau langsung, aku selalu curi tangkap2 gambar kau kalau kat kelas, lagi2 time kelas pengajian sejarah, waktu mula mula aku kenal kau aku tengok kau ni mcm berlagak je, haish naik geram jugak aku, pastu personaliti kau yang mcm misteri buat aku panggil kau MUKA NAK BUNUH ORANG, mula mula aku tak ade lah syok sangat dekat kau, pastu semakin hari aku salu tengok kau, aku kadang kadang geram jugak nak tegur kau, sebab aku tengok kau mcm tak ade kawan je, tu yang buat aku rasa nak kawan dengan kau, bila aku dapat tahu kau ni jenis yang tak banyak cakap dan kau mcm hidup dengan dunia kau sendiri lagi lah aku suka kau, lagi buat aku makin suka kau -,- sampai aku selalu suruh kawan kawan aku tengok kau, puji kau, setiap kali jupe kau mesti aku akan senyum sorang2, aku tak pernah tengok kau dating so aku pun menaruh harapan sorang sorang, malu kan? walaupun aku pasti kau takan minat aku tapi takpelah biar aku je minat kau, kadang2 aku pernah tanya cikgu sejarah apesal kau tak datang kelas, HAHA malu nya, cikgu math pun tahu aku minat kat kau, nasib baik kawan2 kau yang sengal tak tahu aku minat kau, dah berapa tahun aku suka sangat dekat kau, sebab aku ni hodoh jadi memang tak ade ah sape minat aku, sebab tu aku lagi suka jadi secret admire kau , hari tu aku buat wallpaper gambar kau kat HP pastu ma aku tanya sape ni? ehem aku senyum2 sorang2 je ah HAHA.sampai sekarang walaupun kau masih tak tahu lagi yang minat kau, tapi tak pe ah, janji aku suka tengok kau happy dan senyum. aku suka kau sangat sangat. tapi aku tanak kau tahu. haiya~~~. aku harap kau tak marah aku snap gambar kau diam diam <3


dan Jika Dia jadi milikku , semestinya aku akan suka dan sayang dekat dia sorang. aku akan harap satu hari kiteorang akan kekal sampai bila, weh weh weh. AKU suka sangat dekat kau tahu :D



haha. nilah orang nye. <3 aku suka kau :D

Saturday, May 21, 2011

keyakinan diri

assalamualaikum orang femes (: mungkin tergerak kat hati nak tulis tentang keyakinan diri, ape itu keyakinan diri? keyakinan berhubung rapat dengan personaliti yang kita tunjukkan kepada dunia luar. jika kita mempunyai keyakinan diri yang rendah kita akan menjadi tidak confident dan rasa mcm nak mati. kita sepatutnya membantu diri kita dengan cara membetulkan keadaan. kita manusia biasa, kau mcm aku, dan aku kadang kala aku mcm kau, perbezaan yang ketara mungkin hanyalah rupa -.- sebagai manusia aku selalu lack confident atas sebab sebab yang tertentu, exm: aku ni tak lawa, gemuk semua tu akan buat keyakinan aku merundum jatuh mcm tahi bintang serang bumi, tapi kadang2 aku berfikir, sampai bila sangat hidup kita ini jika dalam hidup asyik fikir benda ke arah kecantikan tapi itulah fitrah manusia. aku juga selalu rasa nak jadi mcm org tu nak jadi mcm orang ini ibarat tak bersyukur dengan ape yang ada mungkin faktor ramai yang mengejek, tapi zaman2 ejek2 ni zaman kuno, zaman lapuk yang dah hilang di telan zaman, nak tahu kenapa? kerana zaman kini manusia tak ade masa nak fikir hal remeh temeh mungkin budaya ejek semakin dilupakan, bila dah kena ejek mulalah bad mood, sakit hati, HAHA, tapi tu dulu, sekarang? HAHA sape ejek mungkin akan fikir dua kali kalau tanak aku trolls balik. HAHA-,- okay. sekarang aku nak bg sedikit cara yang mungkin tak membantu tapi boleh di pertimbang kan. Untuk mendapat keyakinan diri :
1) kita sewajibnya memberhentikan diri dari membanding kan diri dengan orang lain. contoh ," lawa nya taylor swift tu tapi aku dah huduh" << ayat ayat ini boleh membuat kan keyakinan diri kita luntur. kita harus terima hakikat yang kita berlainan. biar kita rasa gembira dengan kelainan dan enjoy dengan hidup.
2) kita perlu berhenti dari meletakkan diri kita di bawah. contoh. eish teruk nye aku ni, dah lah bodoh, tak dapat ape ape pulak tu << ayat ayat ini sangat menyampahh -,-. kita semua pernah buat salah tapi jangan kerana satu kesalahan yang kita buat tu menyebabkan kita rasa down dan sampai asyik menyumpah diri. kita jadikan salah yang kita buat tu sebagai pengajaran untuk kita dan teruskan hidup yang akan datang. jangan terlalu memikir kan sesuatu yang sudah lepas apa yang bak kata pepatah LET BY GONE BE BY GONE (:
3)gunakan affirmation yang positif. contoh, eh lawa jugak aku ni, hem, dah lah pandai mewarna, pandai memadam. wah. boleh tahan jugak la .<< ayat ayat konfiden habis . beri tahu diri kita tentang betapa kuat nya kita bekerja, betapa cantiknya kita syukur atas kurniaan tuhan jangan menghina apa yang ada. mungkin separuh dari kita jenis yang ramah dan penyayang. kita juga boleh senaraikan kebolehan yang bagus yang ada pada diri kita. ucapkan terima kasih pada diri sendiri supaya kita tahu yang kita sangat hebat. cewahh. bukan nak riak eh, hanya untuk membina keyakinan diri.
4)pilih kawan biar dengan berhati-hati. jangan bergaul dengan orang yang negatif sebab mereka hanya tahu cari salah kita dan akan terus menekan kita. amboi -.-. ape kaitannye dengan keyakinan diri? kalau kita bergaul dengan orang yang positif apabila kita rasa keyakinan diri kita hancorr, kawan kita akan cuba untuk membantu kita dengan memberi sokongan dan mesti kata " eish. manusia sama la, jangan nak beza2 kan tahu tak baik. kau ade kelebihan kau, aku ade kelebihan aku" << baik ah kawan mcm ni . so konfirm kita akn senyum memanjang. (:

okay sebagai kesimpulan, keyakinan diri yang baik akan membuatkan kita berani menghadapi risiko dan akan menghilangkan ketakutkan untuk menghadapi kegagalan. ia juga akan membuatkan kita kurang berfikir tentang apa yang orang cakap pasal kita. lantak pi lah depa. jadi binalah keyakinan diri anda dengan cara anda supaya anda tidak merasa tak guan dalam dunia ni seperti yang aku selalu rasa. buktikan yang kita mampu walaupun kita tak lawa mcm taylor swift :DD

boifren baru aku -,- hensem? tahu dah. tak payah puji la kan HAHA