Saturday, May 21, 2011

keyakinan diri

assalamualaikum orang femes (: mungkin tergerak kat hati nak tulis tentang keyakinan diri, ape itu keyakinan diri? keyakinan berhubung rapat dengan personaliti yang kita tunjukkan kepada dunia luar. jika kita mempunyai keyakinan diri yang rendah kita akan menjadi tidak confident dan rasa mcm nak mati. kita sepatutnya membantu diri kita dengan cara membetulkan keadaan. kita manusia biasa, kau mcm aku, dan aku kadang kala aku mcm kau, perbezaan yang ketara mungkin hanyalah rupa -.- sebagai manusia aku selalu lack confident atas sebab sebab yang tertentu, exm: aku ni tak lawa, gemuk semua tu akan buat keyakinan aku merundum jatuh mcm tahi bintang serang bumi, tapi kadang2 aku berfikir, sampai bila sangat hidup kita ini jika dalam hidup asyik fikir benda ke arah kecantikan tapi itulah fitrah manusia. aku juga selalu rasa nak jadi mcm org tu nak jadi mcm orang ini ibarat tak bersyukur dengan ape yang ada mungkin faktor ramai yang mengejek, tapi zaman2 ejek2 ni zaman kuno, zaman lapuk yang dah hilang di telan zaman, nak tahu kenapa? kerana zaman kini manusia tak ade masa nak fikir hal remeh temeh mungkin budaya ejek semakin dilupakan, bila dah kena ejek mulalah bad mood, sakit hati, HAHA, tapi tu dulu, sekarang? HAHA sape ejek mungkin akan fikir dua kali kalau tanak aku trolls balik. HAHA-,- okay. sekarang aku nak bg sedikit cara yang mungkin tak membantu tapi boleh di pertimbang kan. Untuk mendapat keyakinan diri :
1) kita sewajibnya memberhentikan diri dari membanding kan diri dengan orang lain. contoh ," lawa nya taylor swift tu tapi aku dah huduh" << ayat ayat ini boleh membuat kan keyakinan diri kita luntur. kita harus terima hakikat yang kita berlainan. biar kita rasa gembira dengan kelainan dan enjoy dengan hidup.
2) kita perlu berhenti dari meletakkan diri kita di bawah. contoh. eish teruk nye aku ni, dah lah bodoh, tak dapat ape ape pulak tu << ayat ayat ini sangat menyampahh -,-. kita semua pernah buat salah tapi jangan kerana satu kesalahan yang kita buat tu menyebabkan kita rasa down dan sampai asyik menyumpah diri. kita jadikan salah yang kita buat tu sebagai pengajaran untuk kita dan teruskan hidup yang akan datang. jangan terlalu memikir kan sesuatu yang sudah lepas apa yang bak kata pepatah LET BY GONE BE BY GONE (:
3)gunakan affirmation yang positif. contoh, eh lawa jugak aku ni, hem, dah lah pandai mewarna, pandai memadam. wah. boleh tahan jugak la .<< ayat ayat konfiden habis . beri tahu diri kita tentang betapa kuat nya kita bekerja, betapa cantiknya kita syukur atas kurniaan tuhan jangan menghina apa yang ada. mungkin separuh dari kita jenis yang ramah dan penyayang. kita juga boleh senaraikan kebolehan yang bagus yang ada pada diri kita. ucapkan terima kasih pada diri sendiri supaya kita tahu yang kita sangat hebat. cewahh. bukan nak riak eh, hanya untuk membina keyakinan diri.
4)pilih kawan biar dengan berhati-hati. jangan bergaul dengan orang yang negatif sebab mereka hanya tahu cari salah kita dan akan terus menekan kita. amboi -.-. ape kaitannye dengan keyakinan diri? kalau kita bergaul dengan orang yang positif apabila kita rasa keyakinan diri kita hancorr, kawan kita akan cuba untuk membantu kita dengan memberi sokongan dan mesti kata " eish. manusia sama la, jangan nak beza2 kan tahu tak baik. kau ade kelebihan kau, aku ade kelebihan aku" << baik ah kawan mcm ni . so konfirm kita akn senyum memanjang. (:

okay sebagai kesimpulan, keyakinan diri yang baik akan membuatkan kita berani menghadapi risiko dan akan menghilangkan ketakutkan untuk menghadapi kegagalan. ia juga akan membuatkan kita kurang berfikir tentang apa yang orang cakap pasal kita. lantak pi lah depa. jadi binalah keyakinan diri anda dengan cara anda supaya anda tidak merasa tak guan dalam dunia ni seperti yang aku selalu rasa. buktikan yang kita mampu walaupun kita tak lawa mcm taylor swift :DD

boifren baru aku -,- hensem? tahu dah. tak payah puji la kan HAHA

No comments:

Post a Comment