Saturday, June 25, 2011

babak dalam movie

assalamualaikum. semua blogger terkenal. hye hye (:. hari ini adalah hari peliks sedunia bagi aku lah kan. aku sedkit sebanyak menjadi gembira hari ini, whoahh suka nye, mula mula aku dan rakan ke perpustakaan kami membuat onar dan buat jahat bersama kanak-kanak comel yang semakin cerdik kan. zaman kini kanak kanak sekolah rendah semakin pintar dari hari ke hari, sepatutnya lah maa aku suka kata persaingan makin hari makin kuat. dan kita tidak boleh ketinggalan kebelakang walau sedikit pun ~~ di sebab kan tempat membaca bagi orang dewasa sudah penuh maka kami beralih arah ke tempat kanak-kanak. first impression aku mcm ni " gila ah, budak budak ni RAJINN nye." sambil mulut aku dah ternganga memikir kan bertapa rajin mereka, tidak seperti aku yang malas #hoi kau ni hanis berubahlah# selepas itu aku tumpang duduk di meja kanak kanak, dah namapun kanak kanak mesti lah meja nye kecil tapi untuk menunjukkan aku ni kakak yang setia dan baik hati aku duduk juga, tak lama lepas tu ada budak mintak tolong aku buat kan karangan ENGLISH? first impression aku " mulut nganga, mata terbeliak " hoi kau tahu tak aku ni bengap ENGLISH aku lempangkau karang, tapi untuk tunjuk handal berlagak aku dengan muka konfiden hidung kembang kempis menunjukkan bakat aku yang pakar tetibe salah -,-' apedaa, nasib di bantu oleh rakan2 seperjuangan. OMG. malu malu. lepas ti kami di halau dari perpustakaan kerana masa dah tamat dan pustakaan dah nak tutup. # rajin gila kan aku duduk perpustakaan sampai nak tutup kejang buntut # lepas tu aku blah la, okay di pendekkan cerita. tadi aku jalan nak ke station bus aku semerang jalan tanpa aku sedar kertas lukisan aku terbang. aku jalan dengan penuh muka penat nak balik, tiba2 ada mamat hensem kejar, aku pelik la, mula mula aku buat bodoh je sebab ingat kan mamat tu nak bagi flyers ke nak promot ke, rupanye die nak pulangkan kertas aku, EISH< bangga nyee KEMBANG JE RASA. die kejar aku dan bagi mcm ROMEO pulak tu, HAHA. tapi kami tak sempat berkenalan sebab aku blurr gila. lepas tu aku duduk dekat station bus tu sambil buat buat mimpi muka mamat tu tadi , EH EH perasan lebih ni. punya lah lama tunggu nak naik bus last last dah fedup call bapak sebab aku sendiri tak tahu bus mana aku nak naik, sebab aku memang jarang plus tak pernah naik bus,

okay okay, mungkin korang rasa aku mcm beria gila kan? well nak buat cammana dah lah babak babak mcm ni keluar dalam cerita plus aku tak pernah okay repeat balik TAK PERNAH tahu lelaki kejar aku semata-mata nak bagi kertas yang tak penting *argh comelnyee* lempangg karang. okay sorry kalau beria sangat sobs :( tapi aku tetap suka, kepada mamat rempit kat luar sana insaflah jangan sampai kau kena tangkap masuk lokap badan busuk. kepada warga CHEMOMOI okay memang kelakar nama tempat tu tapi sweet nama nye HAHA (:

Tuesday, June 14, 2011

mulai sekarang kau takan ada dalam hidup aku




assalamualaikum readers , okay sekarang aku nak tujukan entry ni khas buat MUHAMMAD HANIS, okay, andai kata ada orang bawak gosip pasal aku minat kau ke aku suka kau ke then its true. memang betul aku minat kau, tapi aku tak pernah harap kau minat aku okay, thanks alot sebab dah sedar kan aku yang aku tak layak nak suka orang, tapi aku hanya minat dengan diam2 bukan aku minat kau sampai aku nak kau suka aku balik, aku ADMIRE saje, salah ke? mcm aku admire artis macam tu jee, okay aku tahu aku buruk, then kau kata " apesal sume orang buruj je suka kat aku : fyi, aku memang buruk tapi aku still ade maruh, buruk2 aku tak layak pulak aku nak minat orang? HAHA, okay fine, so mulai sekarang kau dan aku, aku dan kau, akan jadi mcm SAMPAHH, aku takan pandang kau, takan minat kau, takan suka kat kau, takan ambik tahu pasal kau, kalau tu buat kau jadi senang hati, WHOAHH, thanks, okay dah atleast walauapapun kau cakap, aku mintak maaf sebab aku minat kau dan aku berjanji dalam diri aku lepas ni NO MORE HANIS, so engkau boleh happy dan please tak payah nak kutuk aku okay sebab aku dah tak minat kau, sorry entry ni pendek saje, aku malas nak berpanjang-panjang, aku cuma nak HANIS , HISNOL, DAN KAWAN2 die yang HOT tu tahu sebenarnye aku tak adalah suka dekat si HANIS ni sampai aku harap si HANIS ni suka aku balik, dan sekarang aku dah ada DANIEL LEE, die banyak tolong aku, THANKS doh,  KBYE (:
okay, okay, untuk si penyebar cerita tu, aku tak tahu betul ke tak ke, tapi yang penting aku dah buat pengakuan lah, supaya kau sedar sikit, tolong jangan rendah kan orang kalau kau selalu kat atas, sebab aku taku nati WHAT YOU GIVE YOU GET BACK, untuk si beritahu, aku pun tak tahu nak percaya ke tak, tapi untuk berhati-hati jadi aku mohon maaf dan semoga HANI kau happy selalu lepas ni aku dah takan MINAT dekat kau dah. KECEWA arghh HAHA :PP



Friday, June 3, 2011

maaf kan saya sebab tak dapat jaga awak dengan baik

assalamuaikum semua, hari ini agak sedih sangat, aku tak tahu kenapa mungkin semalam aku terlalu banyak ketawa. padahal aku rasa aku memang suka ketawa, mungkin di sebabkan itu musibah datang kerana aku suka ketawa kan? hari ini aku sangat sedih sehingga tiada ketawa mampu aku keluarkan dari suara aku. untuk sepengetahuan semua, aku tinggalkan kau hanya satu hari, SATU HARI saje, tapi apesal bila aku balik aku tengok kau dah lain, dah lain sangat, kau mcm penat, kau mcm sakit, puas aku cuba bertoleransi dengan kau, tapi kau senyap, kau tidur je, kau tak jawab ape pun bila aku tanya, aku bagi kau makan, kau makan tapi tak mcm biasa, selalu kau habiskan makanan kau, sekarang kau makan sikit lepas tu kau duduk termenung, aku pandang kau dari jauh je, aku sedih sebenarnye andai kata aku tahu kau sakit ape mesti aku akan peluk kau, aku takan tinggalkan kau, aku mintak maaf sangat. baru tadi kau masuk rumah, aku nampak kau tidur lagi, aku pandang dari jauh je, sebab kau tak pernah tidur dalam rumah, selalu kau tidur kat luar saje . aku tengok tengok je. tiba tiba kau mendadak bangun aku senyap kau datang kat aku, aku pandang aku lama. aku tengok je kau, tibe tibe, kau muntah darah depan aku. aku terkejut, sepantas kilat aku terus ankat kau, aku lap mulut kau, aku tanya, kenapa muntah kau senyap je, pastu aku buatkan kau susu NESVITA, sebab tu je susu kau minum kan? tapi kenapa kau tak minum? aku kecewa sedih pilu. mcm perasan bersalah wujud, sekarang ada satu je permintaan aku, kalau betul kau nak pergi aku nak mintak maaf sebab aku tinggalkan kau satu hari, aku sayang sangat kau, dan tak mungkin ada pengganti kau dalam hidup aku. aku betul betul mintak, aku cium kau, aku nak kau tahu walauppun aku tak faham ape yang cuba kau sampaikan tapi aku nak kau tahu yang aku betul betul sayang kan kau. kalau esok masih ada untuk kau dan aku, insyaallah aku akan bawak kau pergi ke hospitak, aku nak kau sihat, dab sentiasa berbunyi mcm dulu lagi, sebab sekarang kau dah tak banyak cakap, kau diam je sunyi sangat, aku rasa seksa bila tengok muka kau yang sakit tu . AKU MINTAK MAAF YOT. SEBAB AKU TAK DAPAT JAGA kAU DENGAN BAIK, MEMANG SALAH AKU :'(

yot aku mintak maaf dekat kau sangat tahu, aku tak sedia hilang kau lagi, sebab kau adalah kucing yang sangat aku sayang dan sangat aku perlukan untuk luah kan masalah aku, kau selalu manja dengan aku, kau selalu buat aku rasa kecoh time2 kau hilang . kau buat aku nangis bila kau sakit, kau nampak tak bertapa penting nye kau buat aku ? nampak tak??

yot, aku masih menaruh harapan pada kesihatan kau, kepada korang sume jaga lah kucing korang dengan baik, sebab waktu die masih sihat mungkin korang marah2 sebab die buang air merata, dan lain lain. tapi bila die dah sakit, die dah start diam, korang akan rindu suara dorang yang comel MEOWW dan sebagainya, mesti rasa menyesal time tu, okay doakan kucing aku selamat yeh :'(