Friday, June 3, 2011

maaf kan saya sebab tak dapat jaga awak dengan baik

assalamuaikum semua, hari ini agak sedih sangat, aku tak tahu kenapa mungkin semalam aku terlalu banyak ketawa. padahal aku rasa aku memang suka ketawa, mungkin di sebabkan itu musibah datang kerana aku suka ketawa kan? hari ini aku sangat sedih sehingga tiada ketawa mampu aku keluarkan dari suara aku. untuk sepengetahuan semua, aku tinggalkan kau hanya satu hari, SATU HARI saje, tapi apesal bila aku balik aku tengok kau dah lain, dah lain sangat, kau mcm penat, kau mcm sakit, puas aku cuba bertoleransi dengan kau, tapi kau senyap, kau tidur je, kau tak jawab ape pun bila aku tanya, aku bagi kau makan, kau makan tapi tak mcm biasa, selalu kau habiskan makanan kau, sekarang kau makan sikit lepas tu kau duduk termenung, aku pandang kau dari jauh je, aku sedih sebenarnye andai kata aku tahu kau sakit ape mesti aku akan peluk kau, aku takan tinggalkan kau, aku mintak maaf sangat. baru tadi kau masuk rumah, aku nampak kau tidur lagi, aku pandang dari jauh je, sebab kau tak pernah tidur dalam rumah, selalu kau tidur kat luar saje . aku tengok tengok je. tiba tiba kau mendadak bangun aku senyap kau datang kat aku, aku pandang aku lama. aku tengok je kau, tibe tibe, kau muntah darah depan aku. aku terkejut, sepantas kilat aku terus ankat kau, aku lap mulut kau, aku tanya, kenapa muntah kau senyap je, pastu aku buatkan kau susu NESVITA, sebab tu je susu kau minum kan? tapi kenapa kau tak minum? aku kecewa sedih pilu. mcm perasan bersalah wujud, sekarang ada satu je permintaan aku, kalau betul kau nak pergi aku nak mintak maaf sebab aku tinggalkan kau satu hari, aku sayang sangat kau, dan tak mungkin ada pengganti kau dalam hidup aku. aku betul betul mintak, aku cium kau, aku nak kau tahu walauppun aku tak faham ape yang cuba kau sampaikan tapi aku nak kau tahu yang aku betul betul sayang kan kau. kalau esok masih ada untuk kau dan aku, insyaallah aku akan bawak kau pergi ke hospitak, aku nak kau sihat, dab sentiasa berbunyi mcm dulu lagi, sebab sekarang kau dah tak banyak cakap, kau diam je sunyi sangat, aku rasa seksa bila tengok muka kau yang sakit tu . AKU MINTAK MAAF YOT. SEBAB AKU TAK DAPAT JAGA kAU DENGAN BAIK, MEMANG SALAH AKU :'(

yot aku mintak maaf dekat kau sangat tahu, aku tak sedia hilang kau lagi, sebab kau adalah kucing yang sangat aku sayang dan sangat aku perlukan untuk luah kan masalah aku, kau selalu manja dengan aku, kau selalu buat aku rasa kecoh time2 kau hilang . kau buat aku nangis bila kau sakit, kau nampak tak bertapa penting nye kau buat aku ? nampak tak??

yot, aku masih menaruh harapan pada kesihatan kau, kepada korang sume jaga lah kucing korang dengan baik, sebab waktu die masih sihat mungkin korang marah2 sebab die buang air merata, dan lain lain. tapi bila die dah sakit, die dah start diam, korang akan rindu suara dorang yang comel MEOWW dan sebagainya, mesti rasa menyesal time tu, okay doakan kucing aku selamat yeh :'(

Monday, May 30, 2011

4 lelaki melayu hero gadis

hellos semua <3 ape khabar? aku harap semua sihat lah ye. okay. hari ini aku nak cerita pasal 4 lelaki hero gadis bagi aku lah kan-,- bagi gadis lain tak tahu lah kan. bagi aku lelaki ini sangat comel dan macho. dari segi perangai aku tak tahu. muka semestinya hensem. bagi aku mereka boleh buat separuh gadis gadis tersenyum dan menjerit bila tengok dorang. okay. kepada lelaki lelaki yang gambar nya aku ambik ini tanpa izin ye. aku mintak maaf, kalau nak marah marah lah takpe :PP HAHA.

okay. lelaki pertama adalah, Fiqudin? Errr -,-

aku yakin ramai juga lah yang kenal mamat ini kan? penyanyi yang sangat hensem dan macho. aku start suka die since 2008 salu jugak bergosip dengan kawan2 aku pasal die tu pun sebab die punya lagu best sangat, boleh buat aku rasa sedikit tenang dan lirik nya sangat indah. no doubt lah senang cerita. mula2 aku takut juga nak kawan dengan die, tapi last2 add jelah kat FB tak sangka pulak tak sombong orangnye. HEHE, die okay je dengan aku walaupun aku BURUK okay. walaupun tak rapat mana lah kan tapi die okay saje :PP aku wish satu hari nati aku dapat bergambar dengan die, boleh ke? Errr -,-

okay lepas aku kenal fiq aku kenal pulak  sorang mamat MAT LUTFI
aku start kenal die lepas die buat video yang ada style anwar hadi tu kan? Hehe. die hensem plus bijak. aku suka pendapat die tentang banyak benda, dan setiap video yang di buat sangat menarik dan mempunyai input yang banyak, aku banyak belajar dari pendapat die yang bijak tu. dan semestinya aku pasti yang ramai orang kenal die, aku boleh jadi die hard fan die tahu -,- HAHA takpe biaq pi lah nak kata aku gedik ka apa ka, janji aku tahu kau pun minat die jugak. Haha. okay. semoga die berjaya dalam ape yang di buat sekarang.(:

okay. ini lelaki sangat hensem :PP Anwar hadi
okay, tu dia anwar hadi . aku minat die sebab video jugak, video kegemaran aku adalah yang bertitle Eiyuwwww. nak tahu kenapa sebab video tu memang buat ramai terasa. caiyaa laa. aku salute die sebab english die terbaik, aku tahu ramai lagi boleh cakap english better dari die, tapi die berani buat video dalam bahasa inggeris woahh. walaupun ramai orang kutuk cakap kau tu orang melayu sedar siktt. HAHA. okay okay. tapi dengan cara video yang dalam bahasa inggeris tu kan boleh buat ramai bangsa faham cehh bukan aku nak puji ke ape. tu pendapat aku saje okayy :PP semoga kau juga berjaya okayy (:


okay ini yang terakhir yeh, die nik irfan. 

aku baru kenal die 2 jam dari tadi. kawan aku yang kenal kan tadi. HAHA. hensem comel sangat suara die pun merdu. die nyanyi lagu bruno mars dalam BM sedap suara die Hehe :PP di sebab kan aku baru suka die jadi aku tak banyak tahu pasal die, malas lah nak google. macam die kenal aku je. Haha :PP


okay sampai sini saje lah entry untuk hero gadis ini ye . semoga korang gembira dengan hero masing2.

ehem. mesti ada setengah orang tak suka pendapat aku kan? its okay la, sume orang ade pendapat masing2 kan Hehe :PP so kalau korang tak suka tak pe. yang penting aku suka empat hero di atas. Haha. okay :PP

Saturday, May 28, 2011

knowing myself

assalamualaikum dan hellos braderr. walaupun sekarang sudah semakin meningkat dewasa aku masih tak kenal sape diri aku, aku rasa hairan yang amat, aku bukan tak cuba cari siapa aku, cuma aku tak jumpa lagi ape dan siapa diri aku, mesti ade sebab kan kenapa mcm tu? nak tahu tak sebab aku ni jenis yang suka pandang kelebihan orang tak tak pandai pandang kelebihan sendiri, kalo nak pandang kelebihan sendiri takut orang kata aku bajet pulak, jadi semestinya aku mempunyai banyak kekurang. aku sedang berusaha untuk cari diri sendiri sebb aku kena jadi diri aku, aku tak leh tiru orang, oh oh bukan susah nak cari diri sendiri kan, anda ade tips nya? silalah bgt tahu aku, aku nak tahu. sebab aku seorang yang sangat tak guna, tapi ma aku salu kata, tuhan bagi ujian dekat hamba nya kerana ALLAH tahu kita mampu menghadapi ujian tu, aku sedang cuba mengenali diri aku, aku tanak sampai bila aku tersesat, aku dah ade cita cita, dan kalau aku usahakan cita cita itu dengan bersungguh2 insyaallah aku berjaya, okay aku nak senaraikan kekurangan aku ,lepas korang baca mesti mcm eiyuww budak ini yucks la, nak buat mcm mana ALLAH jadikan aku mcm ni

KEKURANGAN HANISYAIMA YANG PERLU DIPERBAIKI
1. pemalas nak mampus
2. tidak pandai memasak
3. tidak cerdik dalam pembelajaran BAHASA ARAB
4. tak ade boifren? ARGHHH -,-
5. terlalu suka ketawa.
6. gemuk
7. cepat touching hati bunga HAHA -,-
8. tak pandai it
9. suka bercakap potpet
10. kadang2 suka mengumpat kadang2 tak , kalau dah menyampah sangat, eh mcm kau tak pernah je kan -,-
11. susah nak jujur, lagi2 dengan strangers 
12. suka masuk kelas lambat. boleh membawa kegagalan ke? :(
13. suka melambat kan solat , tapi tak tinggalkan solat ( ARGHH teruknye aku )
14. suka berangan satu hari nati hanis suka aku -,- dan aku dapat boifren yang sweet -,- ERRR -,-
15. terlalu obbses terhadap MURAD dari form one ( sedang dan masih mencuba melupakan )
16. tak kaya
17. kurang bersopan cakap aku kau , aku kau, mane tak kena marah? -,-
18. suka melawan cakap, cukup pantaang kalau aku tak buat kena tuduh memang nak kena ah
19. asyik asyik INTERNET ARGHH.
20. lambat tidur, 
21. malas study, 
22. tak suka angkat call orang 
23. salu marah orang kalau salah number -,-
24. suka mandi lambat kalau cuti -,-

HANIS APE PERANGAI KAU NI, KAU TU PEREMPUAN. ARGHH CEPAT BERUBAH.

 dan bila HANIS DAH BERUBAH BAKAL BEGINI KAH?

1. rajin sampai tolong sapu laman jirang
2. pandai memasak semua jenis makanan hingga mengalahkan CHEF ONE, TWO, THREE
3. melanjutkan pelajaran ke MESIR atau JORDAN dalam mendalami ilmu NAHU, dan BALAGHAH
4. masih tidak ada boifren -,- ALAMAKK 
5. telalu suka menangis? mungkin.
6. mestilah KURUS hehe 
7. pending, susah nak touching walaupun kena maki, hati botol -,-
8. menjadi orang penting TV3 dalam bab2 grafik HAHA -,-
9. pendiam, 
10. TAK SUKA MENGUMPAT LANGSUNG. ambik kau,
11. terlalu JUJUR hingga zzzzzzzz
12. masuk kelas satu jam awal, membawa kejayaan ke ?
13. ready 30 minit sebelum masuk waktu, tepat azan terus solat, ALHAMDULLILAH :D
14. tak tahu makna berangan terus hidup dan lupakan sape HANIS? err
15. MURAD pun aku tak kenal sape HAHA -,-
16. kaya raya, menantu dr..fadzilah kamsah. amin HAHA -,-
17. bersopan santun, cakap ana anta, ana anti -,-
18. jadi lah mcm CINTA KIRANA, kena tuduh senyap dan menangis je tahu -,- HAHA
19. hoi INTERNET! kau sape hah?!
20. tidur pukul 8 :P
21. study sampai tak keluar rumah 
22. pantang dapat call terus angkat :PP
23. kalau orang salah number tak marah dan layan jee :PP
24. mandi pukul 5 sebelum solat subuh, HAHA :PP

HAA, mungkin HANIS berubah kepada certain2 part lah kan, takkan nak ubah semua tak termampu lah aku, bukan alasan tapi kenyataan, alasan tetap alasan kenyataan tetap kenyataan . okay lah doakan semoga aku berubah.. dan terus berubah kepada kebaikan. (:

Wednesday, May 25, 2011

kita berbelog untuk gembira bukan untuk menghina




assalamualaikum (: meh menuliskan isi hati lagi sebelum tidur, okay  aku start berbelog pada tahun 2009 cewah konon je tu ye, pastu blog hanya tinggal blog sebab waktu tu kecik lagi tak reti pape rasa nak buat buat, tulis pun mcm nak tanak je, yang lebih menyakitkan hati bila bukan ade orang baca pun, apetah follower, HAHA, rasa mcm nak menjerit je, arghhh, lepas tu umur dah meningkat dewasa perangai turut meningkat cuma nak tanak je ubah diri sendiri, aku pun mula menseriuskan diri dalam bidang blog ni lepas aku usha2 banyak2 blog dan yang mendorong aku lebih banyak adelah kertaz.net, dulu aku minat gila dekat mamat ni, aku suka tengok die punye stori2 aku dengan kawan aku cik heartzirah kalau korang selalau baca majalah yezz die ade masuk majalah tu dah femes kot HAHA -,- okay lepas tu mcm2 idea aku muncul nak buat blog, tapi malangnye aku tak pandai nak design2 yang cantik2 jadi aku mintak kawan2 aku, tolong aku,  mcm2 dorang buat untuk tolong aku terima kasih ye, lepas tu aku belajar sedikit demi sedikit, dan untuk pengetahuan aku masih belajar lagi sekarang untuk mengenali dunia belog. jadi blog aku memang tak femes -,- sejak dua menjak aku lihat zaman moden kini disalahgunakan, aku tengok banyak dah blog ke arah yang tak elok, yang menghina, yang mengutuk dan macam macam lagi, aku tak pasti ape sebenarnye niat mereka2 membuat blog kalau hanya untuk menghina malah ia akan menyakitkan hati kita lagi kan, semakin hari mcm2 crime yang boleh jadi dalam alam cyber, ntah ape lah nak jadi, nasib baik setakat ini niat aku tak salah lagi aku buat blog untuk gembira, aku suka tengok blog happening rasa mcm nak senyum sorang2 hee :DD aku nak cuba dapat kawan ramai mcm blogers2 lain, HEE walaupun dalam mimpi je cik kak oii. HAHA. aku paling tak suka blog yang mcm kalau tak puas hati je mula nak tulis pastu kutuk pastu mencarut OMAIGOO. jangan lah ye, kita ni jadi manusia tak selamanya akan gembira jangan persoalkan ape yang jadi kat kita sebab sume tu ketentuan tuhan tetap kan, jadi gembbira je hadapi hidup walaupun kadang kala rasa mcm nak tarik2 je masalah hidup kuar dari diri, ntah ape lah kan -,- JANGAN LAH KAU BERBELOG HANYA KERANA NAK KUTUK ATAU HINA ORANG, tak berbaloi malah akan buat orang benci kat kau, aku harap sape2 yang masih salah niat guna kan belog ini betulkan lah niat tu balik, HAHA. nak nasihat orang ke aku ni? mcm tak layak je, HAHA apepun kita buat belog untuk happy bukan untuk menghina. HOHO -,-
PS:L// ini hanya entri pendek, aku malas nak menaip panjang2, :DD terima kasih baca ye :D