Thursday, January 30, 2014

Letih

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM DEAR BROTHERS AND SISTERS


Seriously, kadang kadang hati aku dah letih. Letih dengan berfikir segala kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup aku. Benda yang aku sendiri tak boleh nak expect. Terasa nak berlari jauh dari hadapi realiti kehidupan kerana aku terpaksa tanggung berjuta perasaan yang aku takboleh kongsi dengan sesiapa. Susah bagi aku nak hadapi semua benda yang jadi walau susah payah aku cuba tetap aku berfikir. Sampai satu masa aku sendiri dah tak larat berfikir. Lama dah aku tak jenguk blog bersawang ni. Lama dah aku hilangkan diri dari menulis sesuatu yang aku teringin nak tulis. Sekarang aku betul betul sedih. Entah kenapa, aku sendiri tak ada jawapan untuk itu. Bila aku ingat zaman dulu , aku tak perlu fikir, semua mak abah yang settle kan. Sekarang aku meningkat dewasa baru aku tahu betapa susah nya hidup bila aku makin dewasa banyak yang datang dan banyak yang pergi. Banyak yang aku lalui. Dulu aku mungkin selalu gembira, tersenyum, ketawa. Sekarang semua nya semakin lama semakin hilang. Aku rasa aku bukan aku yang dulu. Aku cuba nak jadi macam dulu, seorang budak yang senyum walaupun jatuh basikal walaupun kena marah dengan mak tapi masa tak boleh kebelakang. Mungkin sebab aku terlalu lama mendongak ke atas tanpa melihat ke bawah. Sekarang aku rasa aku hilang semua, rasa sepi, rasa kecewa. Semua rasa yang aku sendiri susah nak terangkan. Kepada kawan kawan aku, yang aku sayang dari dulu sampai sekarang .Semoga berjaya dunia akhirat. Semoga jumpa jodoh yang baik baik. Semoga terus jadi anak yang solehah. 


Berhenti dari terlalu banyak berfikir, Biar kan ia jadi dengan sendiri. Semoga hidup dengan tabah dan sabar. Kerana hidup ini indah .